My first homemade Sushi

 Assalamualaikum...
seronoknya cuti..x payah nak buat assignment semua..best2!! hehe.. cuti ni berjaya buat dua benda yang dah lama sangat teringin nak buat..sushi dengan cheese tart..yeah!! tahniah diri sendiri.. =D

This is my first homemade sushi..buat dengan my lovely sisters yang cuti krismas..

with crab stick, timun jepun and konon2 tamago

sushi tuna
 Rupa sushi2 ni tak cantik sebab tak ada bamboo mat..ni gulung sesuka hati je.. pastu mula2 tu pakai tempek je tuna kat atas sushi tu..last2 gulung sekali dalam tu..seronok tau buat sushi nie.. =D
<3
Nak buat sushi ni senang je..ewah..tapi nak buat bagi sedap susah la kot..hehehe.. mummy ngan abah kata rasa okay gak.. kalo buat lepas ni rasa boleh improve lagi..  meh la nak cerita bahan-bahannya nanti tak pecaya plak aku buat sendiri nie.. =)

1. Mula2 kena ada beras sushi yang comel nie..kalo nak try pakai beras biasa pon boley..tapi beras sushi ni tekstur dia dah sedia melekit and liat2 sikit.. masak je macam masak nasi biasa bila dah masak biar 10 minit macam tu bagi sejuk


2. bila dah sejuk gaulkan dengan cuka sushi..jangan panik kalo tak ada cuka sushi..cuka beras pun boleh..adjust sikit tambah garam dengan gula secukup rasa..gaul rata2...tak cukup masin ke masam ke manis ke tambah la sampai puas ati..  (gaul kena rata2..kang ada plak yang makan ketulan nasi bercuka..)

3. Pastu ratakan atas seaweed..masukkan la..apa2 sahaja bahan yang korang ada..cthnya..tadi kitaorang ada timun jepun, crab stick, tamago and tuna..so roll je la semua tu...

4. potong and hidang..=)

simple je kan.. ooo..and tamago adalah telur dadar style jepun yang kita boleh buat kat rumah.. google je mesti ada...=)