seronoknya cuti..x payah nak buat assignment semua..best2!! hehe.. cuti ni berjaya buat dua benda yang dah lama sangat teringin nak buat..sushi dengan cheese tart..yeah!! tahniah diri sendiri.. =D
This is my first homemade sushi..buat dengan my lovely sisters yang cuti krismas..
with crab stick, timun jepun and konon2 tamago |
sushi tuna |
1. Mula2 kena ada beras sushi yang comel nie..kalo nak try pakai beras biasa pon boley..tapi beras sushi ni tekstur dia dah sedia melekit and liat2 sikit.. masak je macam masak nasi biasa bila dah masak biar 10 minit macam tu bagi sejuk
2. bila dah sejuk gaulkan dengan cuka sushi..jangan panik kalo tak ada cuka sushi..cuka beras pun boleh..adjust sikit tambah garam dengan gula secukup rasa..gaul rata2...tak cukup masin ke masam ke manis ke tambah la sampai puas ati.. (gaul kena rata2..kang ada plak yang makan ketulan nasi bercuka..)
3. Pastu ratakan atas seaweed..masukkan la..apa2 sahaja bahan yang korang ada..cthnya..tadi kitaorang ada timun jepun, crab stick, tamago and tuna..so roll je la semua tu...
4. potong and hidang..=)
simple je kan.. ooo..and tamago adalah telur dadar style jepun yang kita boleh buat kat rumah.. google je mesti ada...=)