Hye2..
Adik-adik dah balik u..haih bosan lagi.. tak pe la nak relax2 je la, minggu last dah kat rumah, next week dah start jadi student maktab balik..nervous la..hehe...tak tau nape..tapi nervous gak..nak sesuaikan diri balik dengan maktab sebab dah 2tahun bertapa dekat hutan uum..harap2 semuanya okay..=D
Okeyh..adik2 balik ari tu dok merengek2 cakap member dia mintak nak makan baked macaroni and cheese. Bukan main lagi selera diaorang nie.. so buat la sama2 semalam.. ada tangkap gambar tapi usb phone tak dapat di kesan, so kita letak resepi je la ek..
Resepi ni adalah resipi paling sedap yang aku penah buat, serius tak rugi cuba..memamng sedap la.. en boipren pun makin sayang..cewah..gatai sat naa..Resipi ni amek dari Resipi Diana,,tapi try google tadi tak jumpa plak blog akak d..jumpa ni je
Baked Macaroni and Cheese
Bahan
1 packet macaroni spiral/elbow (500g)
Sos Pasta
500g daging cincang
2-3 tin Campbell's prego traditional pasta sauce
1 tin cendawan butang dihiris
2 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih di cincang
7 tangkai cili padi thailand
air secukupnya
minyak untuk tumis
gula secukup rasa
garam secukup rasa
serbuk perasa kalu suka
*Efa tambah serbuk bolognese maggi
Sos Cheese
250g keju cheddar di parut
600ml susu segar
250ml air
3sb mentega
4sb tepung
sedikit serbuk lada hitam
Topping
200g mozarella cheese di parut
Cara-caranya
1. Rebus macaroni sampai lembut (masukkan 2sudu minyak supaya macaroni x melekat)
Sos Pasta
1) Panaskan kuali, tumis bawang putih samapi naik bau, masukkan cili padi thailand dan juga bawang besar tumis sampai naik bau and layu
2) Masukkan daging cincang, bila dah bertukar warna masukkan pula cendawan butang
3) Masukkan campbell's prego traditional pasta sauce. Setiap tin sos yang digunakan tambah satu tin air yang sama banyak. Nak bagi sos banyak and macaroni tak kering
4) Masukkan garam dan gula secukup rasa/ serbuk perasa kalo suka. Rasa and editlah mengikut selera masing2 ye
sos cheese
1) Panaskan periuk, masukkan mentega gunakan api sederhana kecil. Bila mentega dah cair, masukkan tepung gunakan whisk kacau sampai sebati. Kacau selalu ye tak nak bagi tepung hangus
2) Dah sebati, masukkan susu segar sedikit demi sedikit, teruskan kacau bagi sebati, bila tepung dah tak berketul-ketul masukkan pulak lebihan susu segar dan air, kacau lagi.
3) Bila dah mendidih, masukkan keju cheddar yang telah diparut, masak sehingga larut. Masukkan serbuk lada hitam. Masak sehingga mendidih.
Last step!!
1) Gaul sos pasta dengan macaroni yang telah direbus, sendukkan macaroni kedalam loyang aluminuim, kemudian tutup permukaan macaroni dengan sos cheese secukupnya, kemudian tabur mozarella cheese yang dah di parut.
2) Masukkan kedalam oven, dan bakar pada suhu 180'c sehinga kekuningan..
Siap!! =D