Perempuan SEDIH bila lelaki bagi PENYELESAIAN????

Hye2.. tadi tengok-tengok balik buku 'Why Men Don't Have a Clue and Women Always Need More Shoes', buku nie pasal cara nak memahami lelaki and perempuan. Kenapa diaorang buat macam nie, kenapa jadi macam tu and macam-macam lagi. A very-very interesting book..=)

Ada satu part dalam buku nie dia kata " Why women become upset by men's solutions" or dalam bahasa melayunye, kenapa perempuan sedih/kecewa bila lelaki bagi jalan penyelesaian. Kenapa??? Ce teka..=) Orang nak tolong settle problem apasal plak nak sedihkan..alamak..geram la mcm ni!!

Hehehe....sometime, bila kita cerita masalah kat boipren ke hubby ke kawan baik lelaki ke kita bukan nak penyelesaian sangat. Kita just nak orang tu dengar and faham apa kita rasa. Lelaki lain sket, diaorang ni jarang nak attach dengan benda yang berkait dengan emosi nie, tu yang kadang-kadang ada girfriend yang nak manja-manja tiba-tiba kena marah sebab en.boipren tak faham apa la yang minah ni dok godek-godek citer masalah bagai.

Contoh Situasi

Dini : Hari ni kerja macamana?

Mat : Biasa je

Dini : Hari ni kat office teruk sangat, dah tak larat dah nak keja situ

Mat : (Still watching news) Tak larat keja situ? habis tu nak keja mana?

Dini : Boss tu la, masuk-masuk pagi tadi dah marah-marah cakap progress projek lambat la apa la. Bila saya explain bagi tau kita kena siapkan projek 1st tu dulu dia terus marah-marah lagi...langsung tak nak dengar cakap saya.

Mat : Ala..senang je, esok pegi jumpa dia cakap deadline dia tu impossible. Tanya dia mana yang lagi penting, siapkan yang tu dulu. Dah, dah jangan sedih Semua kerja pun sama je mana ada yang senang.

Dini : Awak ni kan, kalau la senang macam tu tak ada la saya stress. Tadi dekat office boss dah marah-marah at least kat rumah saya nak orang dengar apa saya cakap. Lelaki semua sama je, selalu rasa diaorang betul.

Mat : Habis tu, kalau tak nak dengar pendapat saya jangan la cerita dekat saya. awak nak saya buat apa??


Tak pasal-pasal dah gaduhkan.. kalo Seth Tan nie mesti dia tau macamana nak handle..=p hehe.. Be more emphaty la, macam kalo dia cerita Boss marah-marah sah2 la tak leh nak pegi lawan Boss kang kena pecat macamana. Just spend some times to listen and feel their pain, don't immediately jump to conclusion. 

Anywho...this goes to both gender jangan harap guy je nak faham gurl. Gurl pun kena faham guy gak, barulah hidup dalam keadaan harmoni, aman damai dan happily ever after..=)

Till then, chill Yaww!! =)

Gambar hiasan semata-mata

4 comments:

  1. haha..gambar mahal tau..=p

    ReplyDelete
  2. mari gadoh pingu!!;p

    -beZek-

    ReplyDelete
  3. hehe..aip nak g holiday pon nak ajak gadoh ke???

    ReplyDelete