Tart Telur Versi Efa

Hari ni bertekad nak buat gak tart telur yang dah lama plan nak buat. Yeah Akhirnya berjaya gak walaupun rupa dia amat la buruk tapi bak kata pepatah "DONT JUDGE A BOOK BY ITS COVER" hehehe..rasanya boleh tahan gak la bagi amatur kan. Tak pe practice lagi banyak-banyak Insya-Allah jadi lagi cantek and sedap!!

Jangan tengok lama2

Resipinya amek dari kak liza

Bahan Kulit:
500 gm tepung gamdum
11/2 cawan majerin
1 sudu besar lemak sayur/crisco
2 sudu besar gula
1 biji telur

Cara.
1. Gaulkan semua bahan kecuali telur saperti serbuk roti.
2. Masukkan telur dan gaul rata.
3. Canaikan setebal 1/2 cm sebelum diterap bulat.
4. Letakkan kulit tat di dalam dulang acuan bermangkuk kecil
(petty tin) yang sudah digriskan.
5. Cucukkan dgn garfu..[hilangkan gelembung angin]
6. Bakar selama 10 minit pada suhu 180C.
7. Keluarkan dan tuangkan adunan kastad telur kedalam tat.
8. Bakar semula 5 minit.
9. Sejukkan dan hidangkan.

Filling Kastad
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air biasa
1 sudu besar tepung kastad
1/2 s/teh vanilla
sedkit pewarna kuning

Cara:
1. Gaul semua semua bahan perlahan sehingga sebati.
2. Tuangkan keatas kulit tat yg telah dibakar separuh masak


Selamat mencuba Yaww!!! (Sapa-sapa yang pernah buat tart telur nie bagi la tips ek..)

2 comments:

  1. Woww..resepi pertama..ntah ble dpt cuba..hehe..

    ReplyDelete
  2. hehehe.. cuba la, cdap gak..=)

    ReplyDelete